Assalamualaikum yop. Amboi, makin lama makin bersawang blog aku ni yop. Korang datang jenguk lagi ke? hahaha.. tengkiu..tengkiu.. ni buat semangat berkobar-kobar nak menulis lebih kerap nih huhu..
Gini yop, aku nak cerita sikit kali ni pasal persaingan dalam perniagaan. Biasalah yop, adat orang meniaga kan, bila kita buat satu produk atau perkhidmatan, mesti ada orang lain akan buat (tiru) benda yang sama. Kalau kita nak halang mereka buat, apa hak kita?. Nak tak nak, kenalah kita bersaing secara sihat.
Kadang tu pening kepala jugak yop. Lepas satu, satu produk kita dicilok idea pemasarannya dan ditambah baik untuk menarik minat pelanggan. Kira makin kita giat membuat promosi baru, makin giat jugaklah pesaing kita tu buat kerja yang sama. Lama-lama, kita akan rasa buntu dan rasa nak mengalah. Mulalah kita start nak cari benda lain untuk dibuat berniaga. Kadang tu, terus bungkus dan taknak teruskan berusaha.
Benda ni memang lumrah yop. Aku dan geng-geng tempat kerja aku pun terkena. Lawan pulak dengan gergasi dan singa-singa besar yop. Bila nak melawan, kena mesyuarat sampai berminggu-minggu. Keputusannya kena dapat mandat dari orang no. 1 dalam syarikat. Leceh yop.
Macam mana kita nak MENANG bila bersaing dalam perniagaan? Aku tak ada la jawapan penuh bagi soalan ni. Tapi aku ada beberapa kaedah bila nak cari jalan macam mana nak “melawan” cara sihat.
Pertama, kita kena paham betul-betul apa yang kita nak “lawan” tu. Samada dari segi harga, target market, jenis pelanggan, kelebihan produk/perkhidmatan dan jangka masa “perlawanan”.
Kedua, kaji dan kena paham betul-betul kekuatan produk/perkhidmatan kita. Ambil contoh coklat bar cadburry dan van houten. Dua-dua adalah chocolate bar yang sedap dan ada peminat masing-masing. Harga pun tak jauh beza. Tapi bagaimana, kedua-dua chocolate bar ini yang paling banyak kelihatan di kedai dan kiosk stesen minyak? Mereka ada kekuatan dan kelebihan produk yang sentiasa dicari pelanggan. Cari keunikan produk kita, dan pasarkan keunikan tu dengan cara yang paling betul.
Ketiga, kaji apa sebenarnya yang pelanggan mahu? adakalanya pelanggan mahu yang murah, tak berkira sangat dengan kualiti. Tetapi adakalanya pelanggan akan bertukar fikiran untuk memilih kualiti berbanding harga. Kebiasaanya, kita akan jual kepada mereka apa yang kita mahu, bukan apa yang mereka sebenarnya mahu
Keempat, bagaimana cara kita pasarkan produk/perkhidmatan kepada pelanggan? adakah secara langsung (sendiri), menggunakan ejen jualan, membuat panggilan telefon, menghantar email, membuat jualan secara online (kedai online, FB page, ebay, Mudah) atau lain-lain. Buat analisa, cara mana satukah yang paling berkesan dan menguntungkan. Tengok dan kaji juga cara manakah yang ada potensi untuk dikembangkan lagi.
Kelima, skrip jualan dan latihan. Adakah kita pasti skrip jualan dan latihan adalah yang terbaik dan mencukupi? pernahkah kita bandingkan skrip jualan kita dengan pesaing terdekat? Apa yang kita tiada dan yang mereka ada? Bagaimana untuk menghasilkan skrip jualan yang terbaik? semua ini boleh dilakukan dengan menjadi pelanggan itu sendiri. Ada orang sanggup create “focus group” untuk mendapatkan kemahuan sebenar pelanggan, supaya skrip jualan produk mereka betul-betul mantap dan berkesan. Lepas tu, mereka akan reka latihan jualan yang baru untuk kakitangan dan ejen jualan mereka.
Keenam, berapa kerap kita kaji saingan, peluang, kelemahan dan kelebihan yang kita ada? setahun sekali? Tak pernah? kalau tak pernah, memang patut kita kalah. Kalau sekali-sekala atau bila perlu je, kita kena berubah. Buat kajian secara konsisten, biar ada penanda aras, baru boleh maju,
OKlah yop, cukup dah tu 6 kaedah nak bersaing cara sihat, selamat dan berwawasan. Semua ni teori aje. Praktikalnya kena buat sendiri, baru tahu jadi ke tak. Macam jugak kita belajar masa kat Universiti. Pensyarah ajar subjek macam-macam, tapi bila periksa, sendiri mau ingatlah apa nak jawab atau aplikasikan.
Work smart, think differently!
Selamat berjaya didoakan buat semua sahabat yang berniaga. Semoga anda dapat bersaing dengan baik dan menang dalam apa jua yang anda usahakan!